Surau Baitul Amin-6 Bekasi » JALAN MEMPERBAIKI ADAB

JALAN MEMPERBAIKI ADAB
Bermula segala adab itu tersimpan atas lima perkara;

* Pertama,  memeliharakan “Hurmati Al-Ilahi” dengan menjunjung segala pensuruhnya dan menjauh segala tegahnya; yakni menjaga dan memuliakan “Penghormatan Ketuhanan”  dengan melaksanakan segala apa yang telah difardukan di samping meningkatkan amalan yang disukai(yang sunat) oleh Allah dalam setiap sudut kehidupan.  Hurmati Al-Ilahi(Penghormatan Ketuhanan) ini juga adalah dengan menjauhkan diri dari terjerumus ke dalam apa jua bentuk penderhakaan dan laranganNya.

o Kemuliaan Syariat hendaklah dipelihara dengan melaksanakan apa yang difardukan dan yang digalakkan oleh syarak di samping menjauhkan apa yang  yang dilarang dan yang tidak digalakkan.

o Kemuliaan Thoriqat pula dipelihara dengan mengikut jejak langkah jalan-jalan Rasul,  Nabi,  Aulia Allah dan Ulama yang Warisatul Ambiya.

o Kemuliaan Hakikat pula hendaklah dipelihara dengan  penyempurnaan kebersihan hati dari Hak Hukum Ketuhanan.

* Dan kedua, meninggikan hemah dalam pekerjaan dunia dan akhirat hingga tiada takluk pada suatu daripada segala yang kurang pada zhohir dan pada batinnya; yakni memiliki hati yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kehampiran dengan Allah dalam setiap urusan dunia dan akhirat.

o Jika berurusan dengan dunia,  maka akan dilaksanakan dan dicari helah bagaimana urusan yang dilaksanakan itu mendapat keberkatan kehidupan di dunia dan keredhoaan Allah di akhirat nanti.

o Demikianlah lebih-lebih lagi dengan urusan ibadat dan akhiratnya.  Yang beradab akan cuba menjejaki hakikat kehambaan dan hakikat keikhlasan dalam ibadatnya semata-mata sebagai seorang hamba yang sedar dirinya sehingga tidak tertuju dan tertambat atau tertakluk hatinya kepada apa jua sesuatu yang kurang pada zhohir dan batinnya seperti;

+ pangkat dan kedudukan yang baik dan mulia di dunia sebagai seorang ulama atau guru yang hebat atau apa jua yang dipanggil sebagai “seseorang” yang di sisi agama atau dunia;

+ cenderung kepada mendapat karamat yang mencarik adat;

+ mengharapkan balasan syurga dan kesenangan di akhirat nanti.

* Dan ketiga, membaiki khidmat[dengan Allah) dengan melazimkan mengikut segala amar(suruhan syara’) dan meninggalkan bida’ah dan tabri(lepas) daripada haul dan kuat; yakni sentiasa mengkoreksi diri dan memperbaiki amal-ibadat kepada Allah ke arah penyempurnaannya dengan memperwajibkan diri untuk melaksanakan semua perintah Allah sama ada yang fardu atau pun yang sunat.

o Sholat-sholat sunat di waktu siang atau malam,  jika di sisi orang awam adalah sunat dikerjakan bila ada keluangan waktu atau kekuatan semasa,  tetapi di sisi mereka yang beradab,  menjadi “WAJIB” di mana apabila ketinggalan dalam melaksanakannya akan terus diganti(diqada’) bila terus sahaja ada peluang.

o Melaksanakan kebaikan sesama manusia di sisi orang-orang awam boleh sahaja dilakukan bila keperluan dan kepentingan diri sendiri sudah beres,  namun di sisi mereka yang beradab,  mereka lebih mengutamakan keperluan saudara-saudaranya melebihi keperluan dirinya sendiri,  hatta kepada haiwan pun mereka sanggup untuk melakukan kebaikan yang tidak sanggup dilakukan oleh kebanyakan manusia.

o Di samping itu juga mereka sentiasa menjauhkan perkara-perkara yang syubhat dan bidaah(yang baru diada-adakan) dalam agama.  Tanpa kelulusan syarak yang berpaksikan Imam Yang Empat, mereka akan menjauhkan daripada melibatkan diri dengan perkara tersebut,  walaupun ramai yang berkata perkara itu adalah untuk kebaikan dan kemasylahatan diri atau umum.

o Tidak hairanlah kenapa mereka boleh bersikap dan berpendirian yang kadang-kadang dianggap anti-kemajuan atau apa-apa anti lagi;  kerana mereka adalah golongan yang sentiasa menjaga adab seorang hamba dengan TuhanNya yang tidak memandang kepada keupayaan dan kekuatan dirinya untuk melangsungkan sesuatu kebaikan.  Mereka hidup dengan “La haulawa quwwataillah billahil ‘Aliiyil ‘Azim” yakni Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

* Dan keempat, lulus azamnya yakni mempunyai azam yang kuat di dalam memerangi kepada syaitan dan hawa nafsunya; yakni mereka yang beradab ini adalah mereka yang sentiasa menghabiskan masa untuk berjuang dan berjihad bagi memerangi tipu-daya dan helah syaitan iblis yang licik di samping yang sentiasa melentangi runtunan kehendak hawa nafsunya yang sentiasa muncul dalam pelbagai wajah-wajah kebaikan.

* Dan kelima, syukur akan segala nikmat dengan memandang kurnia daripada Yang Mengurniai. yakni sebagaimana yang telah dibincangkan dalam tajuk SAMBUTAN KE ATAS LIMPAH  KURNIA ALLAH